RAMAH MESRA BERSAMA PERSATUAN VETERAN

Pada 4 Disember 2019 telah berlangsung perjumpaan MKN Perak bersama Persatuan Veteren Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Perak. Perjumpaan ini merupakan satu langkah inisiatif MKN  dalam misi menyantuni warga veteran ATM yang bernaung di bawah beberapa persatuan dan kelab veteran ATM Perak manakala Jabatan Hal Ehwal Veteren (JHEV) Perak bertindak sebagai penaung utama. Semasa perjumpaan ini juga turut dilancarkan Kempen Tabung Pahlawan 2019 serta pengemaskinian maklumat ahli di dalam portal JHEV serta sesi suai kenal di kalangan warga veteran ATM yang hadir.

Sesi dialog turut diadakan sebagai platform permulaan untuk MKN Perak mendapatkan maklumat dan maklumbalas secara terus tentang permasalahan ataupun isu-isu yang melibatkan warga veteran ATM. Melalui perjumpaan ini MKN Perak berjaya mewujudkan  jaringan kerjasama dengan warga ATM di samping turut berkongsi pengalaman yang dimiliki oleh mereka yang ternyata masih mempunyai kemahiran dalam ilmu risikan, infantri dan lain-lain yang amat berguna jika dikongsi bersama.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …