“Table Top Exercise” Pangkor, Pulau Bebas Cukai 2020

 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara, Negeri Perak telah melaksanakan Table Top Exercise pada 18 Disember 2019, berdasarkan kepada senario Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai pada tahun 2020. Tujuan utama latihan atau exercise ini diadakan, adalah untuk memastikan setiap agensi yang berkaitan dapat bersiapsedia sekiranya berlaku isu berkaitan penyeludupan di Pulau Pangkor. Di samping itu, melalui pelaksanaan exercise ini setiap agensi dapat meningkatkan pengetahuan  dan kemahiran dalam menghadapi isu penyeludupan di samping meningkatkan kerjasama antara agensi dalam prosedur kerja serta menguji kemampuan dan keupayaan pasukan agensi dalam pengendalian isu penyeludupan serta menambaik baik dan mengemaskini pelaksanaan tugas untuk semua agensi yang terlibat.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan). Beliau berharap projek Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai ini dapat melonjakkan nama negeri Perak ke persada dunia dan bakal menjadi  tarikan pelancong sama ada dari dalam negara mahupun luar negara seterusnya akan membawa impak yang lebih positif terhadap ekonomi negeri Perak.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …