RAMAH MESRA BERSAMA PERSATUAN VETERAN

Pada 4 Disember 2019 telah berlangsung perjumpaan MKN Perak bersama Persatuan Veteren Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Perak. Perjumpaan ini merupakan satu langkah inisiatif MKNย  dalam misi menyantuni warga veteran ATM yang bernaung di bawah beberapa persatuan dan kelab veteran ATM Perak manakala Jabatan Hal Ehwal Veteren (JHEV) Perak bertindak sebagai penaung utama. Semasa perjumpaan ini juga turut dilancarkan Kempen Tabung Pahlawan 2019 serta pengemaskinian maklumat ahli di dalam portal JHEV serta sesi suai kenal di kalangan warga veteran ATM yang hadir.

Sesi dialog turut diadakan sebagai platform permulaan untuk MKN Perak mendapatkan maklumat dan maklumbalas secara terus tentang permasalahan ataupun isu-isu yang melibatkan warga veteran ATM. Melalui perjumpaan ini MKN Perak berjaya mewujudkanย  jaringan kerjasama dengan warga ATM di samping turut berkongsi pengalaman yang dimiliki oleh mereka yang ternyata masih mempunyai kemahiran dalam ilmu risikan, infantri dan lain-lain yang amat berguna jika dikongsi bersama.

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut