DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Sebanyak 11 buah bas ekspres dan bas persiaran dikenakan tindakan saman tiada pemandu kedua bagi perjalanan jarak jauh (perjalanan melebihi 300 km atau pemanduan melebihi 4 jam) dalam Operasi Khas JPJ Negeri Pulau Pinang malam ini terhadap Kenderaan Pelancongan dan Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas Persiaran dan Bas Ekspres) sempena cuti sekolah yang diadakan di Plaza Tol Juru. Penguatkuasaan bermula jam 11.00 malam hingga 6.00 pagi dengan kekuatan anggota seramai 12 orang.
Kesalahan lain dikesan tidak pakai talipinggang keledar penumpang, tidak kemaskini buku log pemandu, gagal selenggara kenderaan dengan baik dan kesalahan teknikal. Sebanyak 251 notis saman dan kesalahan teknikal kenderaan perdagangan telah dikeluarkan dalam operasi malam ini
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



