INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA JANA RM291.9 BILION PADA 2024

PUTRAJAYA: Industri pelancongan Malaysia menjana RM291.9 bilion, menyumbang 15.1 peratus kepada ekonomi pada 2024 menurut Akaun Satelit Pelancongan 2024 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pada 2023, industri itu menyumbang 14.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menjana RM271.9 bilion.

“Dari segi prestasi, industri pelancongan berkembang sebanyak 7.4 peratus berbanding 10.9 peratus pada 2023,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi prestasi mengikut sektor, beliau berkata perdagangan runcit mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus, diikuti makanan dan minuman (5.7 peratus) dan perkhidmatan lain seperti kesihatan, pendidikan, mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) serta spa pada kadar 9.9 peratus.

Prestasi itu disokong oleh perdagangan runcit dengan sumbangan sebanyak 52.9 peratus (RM154.5 bilion), diikuti makanan dan minuman pada 16.3 peratus (RM47.7 bilion) dan dan perkhidmatan lain pada 13.3 peratus (RM39.0 bilion) dengan secara kolektif, tiga subsektor itu menyumbang 82.5 peratus kepada keseluruhan industri pelancongan.

Selain itu, semua subsektor pelancongan telah melepasi paras prapandemik 2019 kecuali subsektor perkhidmatan penginapan dan pengangkutan penumpang, yang belum pulih sepenuhnya.

Beliau juga berkata, perbelanjaan pelancongan inbound Malaysia berkembang sebanyak 41.1 peratus atau RM107 bilion pada 2024.

“Pertumbuhan ini disokong oleh aktiviti membeli-belah iaitu 36.1 peratus diikuti pengangkutan penumpang (19.1 peratus) dan penginapan (18.5 peratus).

“Komposisi perbelanjaan inbound didominasi oleh segmen pelancong yang menyumbang 96.1 peratus dan selebihnya 3.9 peratus adalah segmen pelawat harian,” katanya.

Menurut Mohd Uzir, perbelanjaan pelancongan domestik meningkat sebanyak 25.1 peratus atau RM98.4 bilion pada tahun 2024 dan didorong terutamanya oleh aktiviti membeli-belah serta makanan dan minuman.

Perbelanjaan domestik terdiri daripada pelancong yang menyumbang 57.8 peratus manakala pelawat harian mencatatkan 42.2 peratus

“Berikutan itu, penggunaan pelancongan internal meningkat 33 peratus pada 2024 daripada 66.1 peratus pada 2023,” katanya.

-BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …