PBT SUDAH SEDIA JADIKAN MELAKA TUAN RUMAH TERBAIK WTD, WTC 2025

Paya Rumput – Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini sudah bersedia menyambut kedatangan lebih 3,000 delegasi dari seluruh dunia sempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 pada 27 hingga 29 September ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, segala persiapan di bawah portfolio Kerajaan Tempatan kini di peringkat akhir sebelum tibanya tarikh keramat yang akan mencipta satu lagi sejarah baharu buat Negeri Melaka itu.

“Apa yang boleh saya katakan adalah persiapan semua PBT nampak semakin cantik untuk menyambut tetamu dari seluruh dunia yang akan tiba di Melaka tidak lama lagi.

“Segalanya sudah hampir lengkap, cuma tinggal beberapa perkara kecil perlu ditambah baik untuk memastikan Melaka menjadi tuan rumah yang terbaik dalam acara pelancongan dunia itu nanti.

“Saya percaya WTD dan WTC 2025 bukan sahaja membuka dimensi baharu terhadap sektor pelancongan Melaka, bahkan ia juga dapat memberi limpahan ekonomi kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran DUN Paya Rumput sempena Maulidur Rasul dan penyerahan sumbangan cek berjumlah RM50,000 kepada Masjid Cina, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Rais memaklumkan, PBT bersama pihak berkuasa terlibat kini sedang dalam fasa akhir memperhalusi perubahan laluan dan penutupan jalan sempena WTD dan WTC 2025 itu nanti.

Beliau berkata, apabila dimuktamadkan kelak, pemakluman awal akan dikeluarkan bagi membolehkan rakyat dan pelancong merancang perjalanan sepanjang acara itu berlangsung.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …