‘JANGAN TUKAR NAMA PORT DICKSON SAJA, TUKAR SEMUA SEKALI’- AMINUDDIN

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun membidas usaha sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikatakan mahu menukarkan nama Port Dickson kepada Pantai Dermaga. Beliau berpendapat, cadangan pertukaran nama tersebut sepatutnya melibatkan semua tempat bukannya Port Dickson saja.

Beliau dimaklumkan mengenai beberapa NGO yang diterajui Pertubuhan Pemerkasaan Identiti (Identiti) bersama dengan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) untuk menukar nama Port Dickson kepada suatu nama lain iaitu Pantai Dermaga.

Bagi beliau jika ingin tukar nama, tukarlah semua sekali, janganlah Port Dickson saja tukar sekali Port Klang, Kuala Lumpur  serta Georgetown (Pulau Pinang).

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mempersoalkan kenapa kawasan berkenaan yang menjadi sasaran dan pada masa meminta semua pihak bersikap lebih terbuka. Jelas beliau, Port Dickson telah dikenali ramai termasuk pelancong luar sebagai kawasan pantai peranginan.

Ditanya kritikan pihak tertentu berkenaan langkah menukar Jalan Temiang di sini, kepada Jalan Dr Chen Man Hin yang dibuat pada 2023, beliau berkata, perkara itu tidak harus dibangkitkan lagi.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …