WANITA DIDAKWA CEROBOH BILIK KETUA POLIS DAERAH KUALA PILAH

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan menceroboh masuk bilik pejabat Ketua Polis Daerah Kuala Pilah pada Julai lalu.

Tertuduh, Siti Aminah Mahmed, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop. Mengikut pertuduhan, Siti Aminah didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki bilik Superintenden Muhamad Mustafah Hussin tanpa kebenaran dan alasan  munasabah. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 23 Julai 2025, jam 4.55 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zainuddin mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya memaklumkan baharu sahaja mendapat pekerjaan dan tidak mampu membayar wang jaminan. Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 26 September 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …