EMPAT ISU UTAMA JENAYAH RENTAS SEMPADAN TUMPUAN AMMTC KE-19

Banda Hilir – Empat isu menjadi fokus utama dalam usaha memperkukuh keselamatan serantau akan dibincangkan sepanjang Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-19 di Melaka dari 8 hingga 12 September.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata empat agenda tersebut ialah penyeludupan manusia, jenayah siber, penjenayah buruan serta penggubahan wang haram yang semakin mencabar berikutan perkembangan teknologi dan dinamik geopolitik semasa.

Katanya, mesyuarat AMMTC Ke-19 Itu menghimpunkan lebih 350 perwakilan daripada 10 negara anggota ASEAN.

“Perbincangan kali ini bukan sekadar membentangkan laporan kemajuan setiap negara, tetapi mencapai konsensus serta merangka pelan tindakan bersama. Malaysia akan membentangkan isu penyeludupan manusia, Singapura pula menyentuh tentang jenayah siber, manakala Vietnam akan fokus kepada isu penjenayah buruan.

“Pada hari terakhir, kita akan memuktamadkan pelan tindakan meliputi keempat-empat perkara ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian AMMTC KE-19 dan Mesyuarat Berkaitan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata mesyuarat kali ini turut disertai rakan ASEAN iaitu China, Jepun dan Korea Selatan, sekali gus memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani jenayah rentas sempadan.

“Kerjasama bersama kuasa besar Asia itu penting kerana jenayah rentas sempadan tidak hanya tertumpu kepada 10 negara anggota ASEAN semata-mata, malah melibatkan jaringan antarabangsa yang lebih luas.

“Selepas dua hari sesi peringkat menteri, Malaysia akan menyerahkan kepengerusian AMMTC kepada Filipina yang bakal menjadi tuan rumah seterusnya,” jelasnya.

Saifuddin dalam pada itu yakin mesyuarat berkenaan akan menjadi medan penting bagi memperkukuh kepercayaan, kerjasama serta muafakat ASEAN yang selama ini menjadi asas kepada keamanan dan kestabilan rantau ini.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …