PGA RAMPAS 10 TAN MINYAK SAWIT MENTAH DISYAKI DISELEWENG

RANAU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas 10 tan Minyak Sawit Mentah (CPO) yang dipercayai cuba diselewengkan dalam operasi bersepadu di Jalan Kampung Nalapak, di sini, Sabtu lalu.

Operasi Op Taring Palma kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dilaksanakan pasukan Task Force Batalion 21 Keningau dan turut dibantu Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, bertindak atas maklumat, pasukan operasi menahan sebuah lori dan sebuah lagi lori tangki yang disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan CPO.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, terdapat beberapa peralatan yang dipercayai untuk kegunaan kegiatan pemindahan Minyak Sawit Mentah.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM551,900 termasuk kenderaan dan minyak sawit mentah.

“Suspek terus ditahan dan semua barang rampasan diserahkan kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Peraturan – Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005 kerana mengalih minyak tanpa lesen.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …