PROGRAM LIBAT URUS KESELAMATAN NEGARA-KURSUS PENGENDALIAN MEDIA SOSIAL BELIA DAERAH JEMPOL

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan bekerjasama dengan Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan dan Kolej Poly-Tech MARA menganjurkan Kursus Pengendalian Media Sosial Belia Daerah Jempol yang telah berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 Ogos 2025 bertempat di Kolej Yayasan Felda, Jempol.

Ia adalah satu program bimbingan kepada golongan belia luar bandar sebagai pendedahan kepada mereka untuk memanfaatkan penggunaan media sosial sebagai platform yang dapat menjana pendapatan di samping menyebarkan kandungan-kandungan yang beretika dan memberi manfaat kepada masyarakat. Kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan media dan video kreatif serta menarik yang bersesuaian dengan golongan sasar.

Selain itu, ia turut menggalakkan peserta memanfaatkan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan maklumat yang lebih bermanfaat dan bertanggungjawab kepada masyarakat.

Antara pengisian sepanjang kursus berkenaan adalah seperti sesi pembelajaran dalam kelas berkenaan trend dan strategi media sosial, sesi pembelajaran papan cerita (story board) dan penyediaan skrip video pendek, penggunaan suntingan audio di media sosial, pelaksanaan projek mini bagi kandungan media sosial yang disampaikan oleh tenaga pengajar dari Kolej Poly-Tech MARA, Negeri Perak serta  taklimat keselamatan dan etika dalam mengendalikan media sosial  oleh  wakil daripada pihak Cyber-Security Malaysia.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA Sdn.Bhd, YB Dato.Hj Shamsulkahar bin Mohd Deli yang juga merangkap Ahli Parlimen Jempol.

 

Artikel/Berita Terkini

KAPAL TANGKI DISYAKI SIMPAN 50 TAN METRIK DIESEL DITAHAN DI PERAIRAN KUALA MELAKA

Kuala Linggi – Sebuah kapal tangki yang disyaki menyimpan kira-kira 50 tan metrik minyak diesel bernilai hampir RM180,000 tanpa dokumen …

BAJET MELAKA 2026: PERTINGKAT AKSES KESIHATAN RAKYAT

Ayer Keroh – Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berharap Bajet Melaka 2026 akan menyediakan …

MELAKA BANGUNKAN ‘SUARA’, PLATFORM RASMI HIMPUN MAKLUM BALAS RAKYAT

Banda Hilir– Sistem Umum dan Analitik Rakyat (SUARA) dibangunkan di bawah Melaka Data Intelligence Centre (MDIC) kini menjadi platform rasmi …