PELABURAN DALAM PROGRAM KEBUDAYAAN PENTING

RASMI: Christina menyempurnakan acara perasmian sambil disaksikan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Dikin Musah dan Pengurus Besar LKNS Mackey Apison.

KOTA KINABALU: Pelaburan dalam program kebudayaan adalah wajar demi masa depan Sabah dan negara ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan kerjasama pintar di antara jabatan kerajaan, agensi swasta serta badan bukan kerajaan dalam usaha memperkasa dan memartabatkan bidang kebudayaan, khususnya di peringkat akar umbi.

“Pendekatan kolaboratif seperti ini mampu memperkukuhkan jati diri rakyat, memperkayakan warisan tempatan dan mengukuhkan perpaduan komuniti melalui penghayatan budaya secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Citra Seni Sabah (CITRAS) 3.0 2025, pada Ahad.

Beliau berkata, Program CITRAS bukan sekadar medan untuk mempersembahkan bakat seni para pelajar, malah yang lebih utama ialah peranan program ini dalam menyemai semangat patriotik dan rasa cinta akan tanah air sejak di bangku sekolah lagi.

Katanya, melalui pendekatan yang kreatif serta penglibatan langsung pelajar, program itu mampu meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya dan sejarah perjuangan negara yang perlu terus dihargai dan diwarisi.

“Saya difahamkan bahawa penyertaan CITRAS pada tahun ini adalah dibuka kepada semua sekolah di Sabah dan pemilihan akhir pada kali ini melibatkan lima buah sekolah rendah dan lima buah sekolah menengah dari seluruh Sabah, dengan penyertaan lebih daripada 400 orang pelajar termasuk guru pengiring yang terlibat.

“Penyertaan yang menggalakkan ini membuktikan bahawa sambutan program ini adalah yang amat memberangsangkan sekali gus mencerminkan minat mendalam daripada golongan muda terhadap seni dan budaya tempatan.

“Usaha sebegini wajar diperluas dan diperkasakan dari semasa ke semasa agar nilai warisan terus subur dalam sanubari generasi akan datang,” katanya.

Justeru katanya, penganjuran program kebudayaan seperti ini diharapkan akan menjadi aset yang dapat menyambung kepada pembangunan ekonomi negeri di masa akan datang.

Beliau yakin impak daripada Program CITRAS akan melahirkan generasi yang berjiwa patriotik, menghargai sejarah, serta bangga dengan identiti budaya masing-masing.

 

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …