DUA RUMAH MUSNAH TERBAKAR DI KAMPUNG CONTOH

OPERASI: Pasukan bomba ketika menjalankan operasi pemadaman di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Dua buah rumah dua tingkat separuh kekal musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Contoh, di sini Sabtu lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu, berkata  pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada jam 4.12 petang.

Katanya, sepasukan 24 anggota dan pegawai termasuk dari BBP Lintas digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan dua buah rumah dua tingkat dengan setiap rumah berkeluasan kira-kira 50 x 50 kaki persegi.

“Rumah pertama terbakar 100 peratus manakala rumah kedua mengalami kemusnahan sebanyak 95 peratus,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

MUSNAH: Salah satu rumah yang musnah dalam kebakaran berkenaan.

Menurutnya, sebuah kenderaan jenis Perodua Axia yang berada berhampiran turut terbakar kira-kira 30 peratus.

“Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki, dua peralatan Dividing Breeching, dan tiga pancutan air menggunakan kaedah ‘offensive’.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.50 petang,” katanya.

Ordine berkata, operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.06 petang selepas kawasan kejadian disahkan selamat dan tiada lagi risiko kebakaran.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.

  ROSAK: Sebuah kereta turut terbakar kira-kira 30 peratus dalam kejadian berkenaan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …