KETAHANAN FIZIKAL, JIWA PERWIRA UNTUK NEGARA

Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka (MKN Melaka) dengan kerjasama PALAPES Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Karnival Sukan PALAPES UTeM, satu platform membudayakan kesukanan, membina kekuatan fizikal, ketahanan mental dan perpaduan antara pasukan.
Antara acara utama yang dipertandingkan adalah futsal, bola sepak, bola tampar, bola jaring, road relay dan
merentas desa.
Program ini menghimpunkan pegawai kadet dalam suasana yang penuh semangat kesukanan dan ‘esprit de corps’ – lambang ketahanan dan kebersamaan dalam kalangan warga pertahanan universiti.
Program ini adalah selari dengan matlamat Dasar Keselamatan Negara 2021–2025 yang menekankan pembentukan masyarakat berdaya tahan dan modal insan yang seimbang dari segi fizikal, mental dan patriotisme.
MKN Melaka mengucapkan penghargaan kepada PALAPES UTeM atas semangat juang dan kerjasama padu dalam menjayakan program ini.
Semoga karnival ini menjadi tradisi berterusan dalam menyemarakkan semangat perwira muda – “Cekal Tubuh, Kental Jiwa, Taat Setia.”

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …