Johor Bahru – Pertemuan Tim Teknik dan Sidang ke-21 Jawatankuasa Kerja / Kelompok Kerja Pembangunan Sosio-Ekonomi Sempadan Malaysia–Indonesia (JKK / KK SOSEK MALINDO) bagi peringkat Negeri Johor / Melaka dan Provinsi Kepulauan Riau / Riau telah berlangsung pada 4 hingga 8 Ogos 2025 di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru, Johor.
Pertemuan ini bertujuan memperkukuh kerjasama dua hala dalam pembangunan sosio-ekonomi di kawasan sempadan. Ia menjadi platform penting untuk membincangkan isu-isu bersama seperti perdagangan rentas sempadan, pelabuhan, pelancongan, keselamatan, serta kebajikan masyarakat tempatan.
Melalui pasukan teknikal yang terlibat, kedua-dua negara merangka cadangan dan menyemak kemajuan projek yang sedang dilaksanakan. Pertemuan ini juga membantu menyelesaikan isu teknikal dan memperkukuh hubungan institusi antara agensi berkaitan dari Malaysia dan Indonesia.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam membangunkan kawasan sempadan secara seimbang dan inklusif, demi manfaat dan kesejahteraan rakyat di kedua-dua pihak.



