DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang telah berkolaborasi bersama Boon Siew Honda Sdn. Bhd. melaksanakan Program Bimbing Keselamatan Jalan Raya di SMK Kampung Kastam.
Program ini dilaksanakan melalui medium ceramah bagi memperkasakan kempen keselamatan jalan raya dan pematuhan undang- undang terhadap penunggang motosikal di peringkat institusi pendidikan. Program seumpama ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi baharu yang mengamalkan budaya selamat dan berhemah di jalan raya.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



