CAR FREE ZONE @ALOR GAJAH PUPUK BUDAYA HIDUP SIHAT, KEUSAHAWANAN

Alor Gajah– Kepelbagaian aktiviti disusun secara tidak langsung menjadikan Program Car Free Zone @ Alor Gajah sebagai platform memupuk minat orang ramai dalam membudayakan amalan gaya hidup sihat dan menjadikan perniagaan sebagai alternatif menjana pendapatan khususnya melibatkan belia.

Ketua WHIP Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Clr. Ghafar Ngah, berkata sehubungan itu pihaknya sentiasa memikirkan idea baharu bagi memastikan pengunjung singgah untuk bersantai di Car Free Zone @ Alor Gajah tidak jemu.

Katanya, terbaharu MPAG bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bagi menganjurkan Fun Run & Night Festival 2025 serta Program Rakan Muda Rakan Niaga yang memeriakan lagi Car Free Zone @ Alor Gajah.

“Acara larian ini mendapat sambutan amat baik dengan lebih 500 penyertaan. Apa yang manarik acara ini melibatkan mereka yang datang bersama keluarga dan tidak kurang juga peserta yang mengenakan pakaian beragam sepanjang larian”.

“Kehadiran 30 peniaga dalam kalangan belia juga memeriahkan lagi Car Free Zone @ Alor Gajah, secara tidak langsung MPAG menyediakan lokasi untuk mereka ini menjana pendapatan,” katanya ketika ditemui pada program itu di Dataran Keris, di sini, 26 Julai lalu”.

Hadir sama, Setiausaha MPAG, Radzyma Mahat; Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka serta Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah, Sodikin Ali.

Antara tarikan lain disediakan pada Car Free Zone @ Alor Gajah adalah aktiviti jualan, permainan kereta elektrik, dam aji gergasi dan dam ular gergasi.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …