FAKTOR MANUSIA PUNCA UTAMA KEBAKARAN HUTAN, BUKAN CUACA

Faktor manusia dikenal pasti sebagai penyebab utama berlakunya kebakaran hutan di negara ini, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, berikutan cuaca panas dan ketiadaan hujan kebelakangan ini, risiko kebakaran akibat faktor semula jadi adalah sangat minimum. Ia lebih kepada faktor manusia, cuma sama ada ia disengajakan atau tidak disengajakan.

Nor Hisham menjelaskan, keadaan tiupan angin Monsun Barat Daya ketika ini boleh memburukkan lagi kebakaran yang berlaku. Justeru, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak melakukan pembakaran terbuka, termasuk bagi tujuan pertanian. Contohnya, seseorang mungkin membakar untuk tujuan berkebun, tetapi kemudian ia merebak. Atau pun dia lihat kawasan semak-samun dan berniat baik untuk membersihkannya dengan cara membakar, namun akhirnya merebak.

Dalam perkembangan lain, jika sebelum ini insiden lemas sering dikaitkan dengan musim Monsun Timur Laut, kini ia lebih banyak berlaku ketika musim cuti panjang. Menurutnya, trend masyarakat yang gemar mengunjungi kawasan rekreasi dan menjalankan aktiviti di air menjadi penyumbang kepada peningkatan kes.

Dalam tempoh lima tahun, iaitu dari 2020 hingga 2024, JBPM merekodkan sebanyak 1,359 kematian disebabkan insiden lemas, dengan purata 272 kematian setahun.Trend ini menunjukkan peningkatan dan penurunan mengikut musim, tetapi kekal melebihi 200 kes kematian setiap tahun.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …