SINERGI TAPEM DAN JABATAN PENDIDIKAN LONJAK PENCAPAIAN AKADEMIK ANAK MELAKA

Taboh Naning – Kerjasama Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka terbukti berkesan dalam meningkatkan lagi tahap pencapaian akademik anak-anak Melaka khususnya bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengurus Besar TAPEM, Abdul Aziz Baba berkata, keputusan SPM 2024 dianggap sebagai satu pencapaian luar biasa bagi Negeri Melaka apabila 433 calon menduduki peperiksaan itu memperoleh semua A.

Katanya, lebih membanggakan apabila daripada jumlah berkenaan 18 pelajar mencapai keputusan A+ dalam semua subjek yang diduduki pada SPM 2024.

“Semua ini adalah hasil kerjasama dan keberkatan kerjasama erat antara TAPEM dan Jabatan Pendidikan Negeri. Insya-Allah TAPEM akan terus menyusun pelbagai program bermanfaat demi meningkatkan lagi kecemerlangan anak-anak Melaka pada SPM akan datang.

“Program dilaksanakan bersama jabatan pendidikan negeri berkesan dalam memberikan input-input terkini yang membantu guru merangka strategik dalam membantu calon bakal menduduki peperiksaan SPM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Bijak SPM 2025 Peringkat Daerah Alor Gajah di Universiti Kuala Lumpur (UniKL MICET), di sini, 23 Julai lalu.

Program melibatkan 152 calon SPM dari sekolah menengah sekitar Alor Gajah itu dirasmikan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sektor Pembelajaran, Rubaiya Abu Nawas, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah, Sektor Pembelajaran, Abd Jabar Md Yusup serta Dekan UniKL MICET, Dr. Noor Aina Mohd Nazri.

Abdul Aziz turut mengingatkan kepada semua peserta agar tidak mensia-siakan peluang ketika usia remaja dan fokus kepada akademik berbanding perkara lain.

“Ada anak-anak yang saya jumpa tidak mahu belajar kerana mahu jadi pempengaruh, tetapi kita semua perlu ingat ilmu adalah asas untuk menjadi manusia yang hebat,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …