SABAH PENERAJU PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR, TINDAKAN IKLIM NEGARA

PENGHARGAAN: Nizam menerima cenderamata selepas menyampaikan sijil penyertaan kepada Jabatan Hidupan Liar.

SEMPORNA: Kelulusan Enakmen Iklim dan Tadbir Urus Karbon 2025 oleh Dewan Undangan Negeri baru-baru ini membuktikan komitmen kerajaan Sabah dalam menjadi peneraju negara dalam pemuliharaan alam sekitar dan ketahanan terhadap perubahan iklim.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, pelaksanaan Enakmen itu akan memastikan penglibatan komuniti Sabah serta melindungi hak mereka melalui pelaksanaan prosedur Keizinan Termaklum Awal.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan Sabah komited dalam usaha melindungi dan memulihara sumber asli, biodiversiti dan ekosistem negeri ini,” katanya

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan sempena sambutan Hari Biodiversiti Sedunia di sini, hari ini.

Katanya, tema sambutan tahun ini, Harmoni dengan Alam Semula Jadi dan Pembangunan Lestari, memberi penekanan terhadap keseimbangan antara pembangunan dan kelestarian alam bagi menjamin kesejahteraan sejagat.

“Tema ini amat bermakna kerana ia menyeru rakyat, khususnya di Sabah, supaya tidak leka dalam mengejar pembangunan sehingga mengabaikan kepentingan memelihara biodiversiti, haiwan, tumbuhan dan keseluruhan ekosistem,” katanya.

Menurutnya, pendekatan itu turut selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan Strategi Biodiversiti Sabah 2024–2034 serta mendukung aspirasi Halatuju Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Melalui perlindungan terhadap alam semula jadi, kita bukan sahaja menjaga biodiversiti tetapi juga memastikan kesejahteraan ekonomi dan sosial untuk generasi kini dan masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Sabah merupakan negeri pertama di Malaysia yang giat melaksanakan konsep Ekonomi Biru di bawah agenda pembangunan SMJ.

Beliau memaklumkan, antara inisiatif yang sedang dilaksanakan termasuk pelaksanaan teknologi Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) di perairan Tawau sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Selain itu, Pusat Biodiversiti Sabah bersama Yayasan Petronas dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang giat melaksanakan Projek Pemetaan Rumput Laut di seluruh negeri.

“Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa aktiviti pelancongan di kawasan seperti Semporna akan dipantau dengan ketat supaya tidak menjejaskan biodiversiti marin, sambil tetap membawa manfaat ekonomi kepada rakyat setempat,” katanya.

Namun begitu, Hajiji mengingatkan bahawa usaha pemuliharaan hanya akan berjaya sekiranya mendapat sokongan semua pihak.

“Saya menyeru agar agensi kerajaan, sektor swasta, NGO, komuniti setempat dan seluruh rakyat Sabah berganding bahu dalam melindungi khazanah semula jadi negeri ini.

“Kerajaan negeri akan terus melaksanakan program pembangunan berteraskan kelestarian hijau dengan menekankan pengurusan sumber semula jadi secara bertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat dan kesinambungan pembangunan negeri,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …