600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan sehingga Mei lalu. Menurut Setiausaha MBS, Ir. Mohd Kamal Mohd Yusof, sepanjang tempoh itu, pihaknya telah menerima sebanyak 1,478 aduan berkaitan isu anjing liar, dengan 471 kes berjaya diselesaikan.

Menurutnya, bilangan aduan menunjukkan peningkatan ketara, dan beberapa kawasan telah dikenal pasti sebagai lokasi panas. Tangkapan anjing liar banyak dilakukan di kawasan Seremban 2-Sendayan, Senawang-Sungai Gadut, Ampangan-Sikamat-Paroi, Seremban Sentral dan Bandar Nilai.

Lokasi lain yang sering dilaporkan sebagai kawasan kerap berlaku gangguan anjing liar ialah Labu-Kota Serimas-Enstek, Mantin-Pajam, Lenggeng-Ulu Beranang-Broga, serta Rantau-Kuala Sawah. MBS telah membelanjakan lebih RM1.17 juta sejak tahun 2020 bagi membiayai pengurusan serta penjagaan anjing liar yang ditangkap.

Kontraktor yang dilantik ialah FurryKids Safehaven Enterprise, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan perlindungan serta penjagaan jangka panjang haiwan di pusat mereka di Kuala Sawah, Rantau. NGO ini turut menyediakan rawatan seperti pemandulan dan vaksinasi, dan anjing berkenaan akan terus dijaga sepanjang hayat di pusat perlindungan tersebut.

Kadar bayaran kepada kontraktor adalah sebanyak RM200 bagi setiap anjing dewasa yang belum dimandulkan, manakala RM100 bagi anjing yang telah dimandulkan atau masih anak. Mengenai program adopsi, beliau memaklumkan bahawa jumlah anjing yang telah berjaya diambil sebagai haiwan peliharaan masih belum dapat disahkan kerana proses tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh NGO terbabit.

Dalam pada itu, Mohd Kamal menyeru kerjasama orang ramai dalam usaha mengawal populasi anjing liar di kawasan awam. Orang ramai yang ingin membuat aduan atau memberikan maklum balas diminta menggunakan saluran rasmi seperti SISPAA di mbseremban.spab.gov.my, Aplikasi Respon Rakyat, atau menghubungi talian 06-7654444.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …