Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.
Setiap organisasi yang mengambil sekolah angkat, memikul amanah besar untuk merapatkan jurang mutu pendidikan dan prasarana antara sekolah di kota dan luar bandar.
Rakan-rakan Sekolah Angkat MADANI ini akan menyalurkan sokongan berterusan dari segi kewangan, penambahbaikan akademik, serta latihan dan pembangunan kapasiti.#MalaysiaMADANI
#TaatSetia
#JabatanPenerangan



