RAPTAI PENUH ISTIADAT PERBARISAN BERJALAN LANCAR

BINCANG: Leftenan Kol. Alphonsus menjelaskan sesuatu kepada Joachim (kiri).

KOTA KINABALU: Cuaca baik kelmarin membolehkan raptai penuh Istiadat Perbarisan  sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 Yang Dipertua Negeri Sabah berjalan lancar.

Raptai yang bermula jam 7 pagi itu mengetengahkan perbarisan oleh 80 kontinjen melibatkan lapan kategori di Padang Merdeka.

Bagi memastikan perjalanan majlis  di tahap terbaik, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Joachim  Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan hadir meninjau raptai itu.

Hadir sama, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, Setiausaha Sulit kepada Tuan Yang Terutama Izharudin Jalaludin, Ketua Keseluruhan Perbarisan Leftenan Kolonel Alphonsus Radsung @ Benedect serta wakil-wakil jabatan negeri Dan persekutuan.

Istiadat Perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 Yang di-Pertua Negeri Sabah akan berlangsung Sabtu ini.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut

RAPTAI PENUH ISTIADAT PERBARISAN BERJALAN LANCAR

BINCANG: Leftenan Kol. Alphonsus menjelaskan sesuatu kepada Joachim (kiri). KOTA KINABALU: Cuaca baik kelmarin membolehkan raptai penuh Istiadat Perbarisan  sempena …
Maklumat Lanjut

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut