SUSPEK EDAR DADAH BERDEPAN HUKUMAN MATI

TANGKAP: Suspek (kiri) menunjukkan dadah yang disimpan di dalam rumah berkenaan.

SANDAKAN: Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas ditahan dalam serbuan Ops Tapis Narkotik di sebuah kondominium mewah, Sri Utama, Bandar Utama, di sini, semalam.

Dalam serbuan oleh Unit Sekretariat Nukleus Narkotik Sabah kira-kira jam 9.30 malam itu, suspek ditahan kerana disyaki memiliki dan mengedar dadah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Ramasamy A/L Kuppan, berkata pemeriksaan lanjut mendapati lelaki terbabit memiliki bahan disyaki dadah berbahaya.

Katanya, suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

“Ujian saringan awal air kencing yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan untuk siasatan lanjut.

“Operasi ini membuktikan komitmen berterusan pihak polis dalam membanteras jenayah berkaitan dadah, khususnya di daerah Sandakan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …