MUSA SERTAI 5,000 UMAT ISLAM TUNAI SOLAT SUNAT AIDILADHA 1446H

ALBUM: Musa merakamkan gambar kenangan bersama-sama Shahelmey (empat kiri), Masidi (lima kanan), Arifin (tiga kiri), Safar (dua kiri), Jumain (kiri) serta tetamu yang hadir sejurus menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sabah.

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1446H bersama kira-kira 5,000 jemaah di Masjid Negeri Sabah pada Sabtu.

Ketibaan Musa  pada jam 7.20 pagi disambut oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk  Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa solat berkenaan Datuk Jumain Abdul Ghani.

Sekitar jam 7.30 pagi, Musa menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha yang diimamkan Imam Besar Masjid Negeri Suhaidi Kuanting disusuli khutbah bertajuk ‘Pengorbanan: Tiada Kejayaan Semanis Madu, Tanpa Pengorbanan Sepahit Hempedu’ disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar.

Seusai solat sunat dan khutbah Aidiladha, Musa meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra bersama para jemaah sebelum beredar meninggalkan majlis pada jam 8.30 pagi.

Turut hadir, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …