REMAJA DIDENDA RM400 MEROKOK DALAM KAWASAN MAHKAMAH

Padah merokok di dalam kawasan mahkamah, seorang remaja berusia 18 tahun didenda RM400 oleh mahkamah. Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah menjatuhkan hukuman selepas tertuduh mengaku salah melakukan perbuatan itu dalam prosiding yang dijalankan di belakang Mahkamah Khas Trafik di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan orang belum dewasa didapati melakukan kesalahan apabila merokok di kawasan larangan di premis kerajaan. Kesalahan itu dilakukan pada jam 10.02 pagi 18 November tahun lalu di Kompleks Mahkamah Seremban.

Oleh yang demikian tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Subseksyen 17(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dibaca bersama Perintah Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Pengisytiharan Kawasan Atau Tempat Larangan Merokok) 2024, Perenggan 3(9) dan jika sabitkan kesalahan boleh dihukum mengikut Subseksyen 17(2) akta yang sama.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama seminggu sekiranya gagal membayar denda.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …