PELAJAR TINGKATAN LIMA CEDERA DIKEJAR ANJING LIAR

Seorang pelajar Tingkatan Lima cedera selepas terjatuh akibat dikejar tiga ekor anjing liar ketika menunggu perkhidmatan e-hailing di kawasan Rasah Jaya, di sini Sabtu lalu.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Darius Hazreeq Mohd Nor Azlan, 17, mengalami kecederaan dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital, selain turut berdepan dengan trauma.

Ketika kejadian dia baharu sahaja selesai mengikuti kelas tuisyen dan sedang menunggu perkhidmatan e-hailing untuk ke sekolah bagi menghadiri persiapan sukan. Tiba-tiba,seekor anjing berlari ke arahnya, kemudian disusuli dua ekor lagi.

Dia yang panik terus melarikan diri, namun terus dikejar ketiga-tiga haiwan berkenaan, sebelum terjatuh di tengah jalan. Salah seekor sempat menggigit selipar saya, namun berjaya dihalau oleh orang awam yang kebetulan berada di lokasi.

Akibat terjatuh, dia mengalami luka di bahagian kaki, tangan serta belakang badan. Orang awam bantu memapahnya ke tepi jalan sebelum ibunya tiba  ke lokasi kemudian membawa ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Tambahnya, kejadian itu menyebabkan dia mengalami trauma, namun tidak pasti sama ada kawasan berhampiran pusat tuisyennya itu menjadi tempat anjing liar berkeliaran. Sehubungan itu, dia menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati sekiranya berada di kawasan yang berpotensi terdapat anjing liar.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …