DUA LELAKI NEKAD PECAH LIMA TABUNG MASJID DALAM SATU MALAM

Dua lelaki nekad melakukan pecah tabung di lima masjid sekitar daerah ini dalam tempoh satu malam bagi mendapatkan wang belanja untuk servis kereta dan sewa rumah. Lelaki berusia 20-an itu didapati melakukan perbuatan itu di Masjid Sungai Dua Kecil, Masjid Kuala Sungai Dua, Masjid Kariah Kampung Parit, Masjid Nur Salbiah dan Masjid Kariah Sungai Dua Besar. Dipercayai suspek juga turut terlibat dalam kes jenayah sama di Jelebu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin, suspek dikesan melakukan perbuatan itu pada Selasa antara jam 12 tengah malam hingga sebelum Subuh. Bertindak atas maklumat dan risikan yang dijalankan, IPD Kuala Pilah telah melakukan serbuan berasingan dan berjaya menahan kedua-dua suspek pada Rabu.

Pengecaman dilakukan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Suspek yang tidak bekerja itu menggunakan alasan wang tersebut mahu digunakan untuk servis kereta dan membayar sewa rumah. Polis turut merampas kenderaan Perodua Kancil yang digunakan suspek dan turut menemui beberapa peralatan bagi menjalankan kegiatan itu antaranya gerudi tangan dan satu batang besi. Polis juga turut merampas dua tabung besi, wang berjumlah RM120 yang disyaki milik masjid yang terlibat dalam kejadian pecah tabung tersebut.

Semakan mendapati suspek tiada rekod lampau selain ujian air kencing adalah negatif. Suspek ditahan reman selama dua hari bermula Khamis dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …