BILIK MESYUARAT SIASATAN JENAYAH NARKOTIK TAMPIN TERBAKAR

Sebuah bilik mesyuarat di tingkat empat Bangunan Pentadbiran Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin musnah dalam kebakaran pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman , kejadian pada jam 7.15 malam itu disedari anggota bertugas di pejabat pertanyaan trafik sebelum menghubungi pihak bomba untuk tindakan lanjut.

Kemusnahan dianggarkan 100 peratus namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Ketika kejadian tiada anggota bertugas di pejabat tersebut. Kebakaran kemudian berjaya dikawal pada 8.10 malam. Siasatan masih diteruskan oleh pihak bomba.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …