BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil yang turun padang meninjau keadaan sistem perparitan kawasan itu.

Terbaharu, pagi semalam beliau yang juga Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, turun padang bagi meninjau lokasi berkenaan yang kerap dilanda banjir terutama setiap kali berlaku hujan lebat.

“Lawatan ini adalah susulan aduan daripada penduduk, jadi saya turun padang bagi melihat sendiri punca menyebabkan banjir. Saya dimaklumkan  air parit akan melimpah setiap kali hujan dan mambanjiri kawasan penempatan.

“Situasi dihadapi amat membimbangkan kerana ia bukan sahaja menyebabkan perasaan tidak selesa malah lebih membimbangkan masalah berulang ini turut membahayakan keselamatan penduduk kawasan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Zahari, menerusi lawatan itu beliau turut mendengar padangan daripada penduduk yang mencadangkan pembinaan benteng bagi mengelakkan banjir daripada berulang pada masa akan datang.

“Cadangan ini akan dibincangkan bersama pihak teknikal. Namun, sebarang kerja pembinaan atau penyelenggaraan melibatkan tanah persendirian mestilah mendapatkan kebenaran pemilik terlebih dahulu.

“Ini penting bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit pada masa akan datang. Insya-Allah, tindakan susulan akan diambil bagi memastikan kesejahteraan penduduk setempat terjamin,” katanya.

Lawatan ini turut disertai wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Alor Gajah, Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Belimbing Dalam.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut