DUA LELAKI MYANMAR DITUDUH SELUDUP 11 RAKAN SENEGARA

Dua lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan melakukan penyeludupan migran terhadap 11 rakan senegara awal bulan ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lwin Ko Ko, 42 dan Min Zaw, 41, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menjalankan penyeludupan migran 11 warga Myanmar pada 5 Mac 2025, jam 10.55 pagi di tepi jalan besar hadapan Restoran Rimba, Persiaran Lavender Height, Seremban.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran(Atipsom) 2007 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya.

Sementara itu dikamar sama, seorang lelaki tempatan S Murugan, 52, pula sebagai operator kenderaan van telah terlibat dalam pengangkutan migran tujuh warga Myanmar yang diseludup pada 5 Mac 2025 jam lebih kurang 10.30 pagi di tepi Jalan Nusa Intan, Paroi, di sini.

Berikutan itu tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 26J Atipsom 2007. Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun, dan boleh juga dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan jaminan kepada ketiga-tiga tertuduh kerana kes di bawah Atipsom 2007 tidak boleh dijamin. Murugan diwakili peguam, Datuk Mandave Singh Gill manakala dua tertuduh warga Myanmar tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 24 April ini sebutan semula kes.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut