SINDIKET SELUDUP TEMBAKAU KUNYAH HAMPIR RM1 JUTA TUMPAS

Cubaan sindiket untuk menyeludup barang larangan import iaitu tembakau kunyah dianggarkan bernilai hampir RM1 juta digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan. Dalam pemeriksaan terhadap sebuah kontena dari India di Pelabuhan Barat, Klang di Selangor 1 Mac lalu, seorang lelaki tempatan turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut Pengarah Kastam Negeri Sembilan, Muhammad Ilyas Queek Abdullah, pemeriksaan dibuat sepasukan anggota dari Unit Operasi Kastam Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri Sembilan susulan risikan mendapati, sebuah kontena dari India disyaki membuat pengikraran dagangan tidak benar.

Pada 1 Mac jam lebih kurang 11.45 pagi, bertindak atas maklumat, sebuah kontena di pelabuhan tersebut telah disita kerana disyaki membuat pengikraran tidak benar dalam dokumen manifest. Hasil pemeriksaan rapi dijalankan, pasukan menjumpai sejumlah 72 kotak atau 174.89 kilogram (kg) tembakau dan 318 kotak atau 2,862 kg pan masala tembakau kunyah, yang disyaki sebagai barang larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Menurutnya, tembakau kunyah tersebut dianggarkan bernilai RM581,786.42 dan melibatkan duti/cukai berjumlah RM 95,845.77. Modus operandi sindiket ialah membuat pengikraran tidak benar terhadap dagangan dalam dokumen manifest yang memerlukan permit import.

Tembakau kunyah merupakan barang larangan import yang mana pengimportannya tertakluk kepada permit import di bawah Butiran 66 Bahagian | Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023. Kesemua barang kes bersama kontena dengan jumlah sitaan termasuk duti/cukai dianggarkan RM997,632.19 disita mengikut Seksyen 114 Akta Kastam 1967 untuk siasatan lanjut.

Seorang lelaki tempatan berusia 40-an telah ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. Orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti penyeludupan tersebut. Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN (SHMMP) TAHUN BAHARU CINA 2026

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐈𝐌𝐔𝐌 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 (𝐒𝐇𝐌𝐌𝐏) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 Menjelang sambutan Perayaan Tahun Baru Cina pada 17 & …

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN 2026

KUALA LUMPUR, 12 Februari -Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia tahun ini adalah …

KADAR ZAKAT FITRAH MELAKA DITETAPKAN RM8, RM15 DAN RM22

Bukit Palah – Zakat fitrah bagi Negeri Melaka tahun ini ditetap pada tiga kadar iaitu RM8, RM15 dan RM22, kata …