LELAKI MELECUR, RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG MESAPOL

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.

SIPITANG: Seorang lelaki cedera apabila rumahnya terbakar di Kampung Mesapol di sini malam Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang Calvin Joe Jeafery berkata, kebakaran berlaku jam 9 malam menyebabkan mangsa berusia 30 tahun melecur di bahagian kaki.

Katanya, dua jentera dan anggota BBP Sipitang  digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 9.12 malam.

“Sebaik tiba, kami dapati rumah rumah dua tingkat jenis separuh kekal berkeluasan 40’x60′ kaki persegi terbakar sepenuhnya.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran 200 kaki, dua pancutan dengan sumber air dari jentera.

“Satu aliran pam angkut (zigler) 200 kaki dua pancutan turut digunakan dengan sumber air terbuka iaitu sungai berhampiran sebelum berjaya mengawal kebakaran jam 9.56 malam,” katanya.

Menurutnya, terdapat seorang mangsa lelaki mengalami kecederaan ringan iaitu melecur di kaki dan diberi rawatan oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Katanya, mangsa bagaimanapun tidak mahu dihantar ke hospital dan pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi bagi memastikan kawasan kejadian selamat dari sebarang unsur bahaya.

“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 11.40 malam dan punca kejadian serta jumlah keseluruhan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut