ENAM MANGSA VESEL KARAM DISERAHKAN KEPADA PIHAK BERKUASA FILIPINA

SERAH: Pasukan Maritim Malaysia menyerahkan semula mangsa vesel karam kepada pihak berkuasa Filipina.

SANDAKAN: Enam warga Filipina yang berjaya diselamatkan dalam insiden vesel karam tiga hari lalu telah diserahkan semula kepada pihak berkuasa Filipina, semalam.

Penyerahan pada jam 10.30 pagi itu, dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan disaksikan Naib Datuk Bandar Tawi-Tawi Filipina, Suraida Ibnusali.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata semua mangsa berada dalam keadaan baik dan telah diambil alih oleh pihak berkuasa Filipina.

Katanya, sebelum itu, pihaknya menerima laporan daripada Sandakan Port Control dan Taganak Port Control mengenai sebuah vesel karam di luar had pelabuhan Sandakan pada jam 7.30 malam, Ahad lalu.

“Susulan itu, operasi menyelamat segera dilancarkan dengan penghantaran Bot Halilintar 4 ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 9 malam.

“Pasukan operasi berjaya menyelamatkan enam mangsa warga Filipina, terdiri lima dewasa dan seorang kanak-kanak berusia 11 hingga 45 tahun,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, semua mangsa kemudian dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan pada jam 11.30 malam untuk rawatan dan tindakan selanjutnya.

Katanya, Maritim Malaysia mengadakan perbincangan dua hala bersama Pengawal Pantai Filipina serta Pegawai Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Perbandaran (MDRRMO) mengenai mangsa terbabit.

“Semua mangsa itu kemudian diserahkan semula kepada pihak berkuasa Filipina di perairan sempadan dengan diiringi aset kedua-dua negara,” katanya.

Muhamad Suhairy berkata pihaknya komited dalam memastikan keselamatan maritim dan menggesa komuniti pesisir pantai serta para pelaut untuk berhati-hati semasa cuaca buruk.

“Saya menasihatkan supaya sentiasa waspada amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …