TIGA RUMAH TERJEJAS DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG TITINGAN TAWAU

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman di lokasi kejadian.

TAWAU: Sebuah rumah musnah, manakala dua lagi terkena bahang api dalam kejadian kebakaran di Kampung Titingan 11, di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.13 petang.

Katanya, sepasukan 18 anggota dan pegawai bersama empat buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba, pasukan bomba terus menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan dua pancutan air dari sumber air jentera dan pili bomba.

“Operasi turut dibantu oleh pasukan Bomba Komuniti Kampung Titingan menggunakan dua pam angkut dari sumber pili bomba,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, kebakaran berkenaan membabitkan tiga buah rumah iaitu sebuah kediaman musnah dan dua lagi terkena bahang api.

“Operasi berkenaan ditamatkan pada jam 6.09 petang setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud di lokasi kejadian,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …