KANAK-KANAK LELAKI ENAM TAHUN DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI

SAR: Pasukan bomba menjalankan SAR di sekitar lokasi mangsa dilapor hilang.

KENINGAU: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di sungai Kampung Baginda, di sini pada Khamis.

Mangsa berumur enam tahun itu disedari hilang oleh keluarganya pada jam 12.15 tengah hari, selepas menemukan selipar mangsa di tepi sungai yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.18 petang.

Katanya, sepasukan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sembilan kilometer dari balai bomba.

“Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pencarian di kawasan terakhir mangsa dilaporkan hilang.

“Operasi pencarian turut dijalankan di tebing sungai sejauh kira-kira 100 meter bersama penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, setakat ini mangsa belum ditemukan dan operasi pencarian masih diteruskan.

“Maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …