KELAINAN BERBUKA PUASA DI DATARAN VISTA ALAMANDA

Jasin – Orang ramai khususnya warga Jasin yang ingin merasai kelainan suasana berbuka puasa dipelawa untuk memilih Dataran Vista Alamanda (DVA) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sebagai lokasi pilihan.

MPJ dalam satu kenyataan memaklumkan bersempena Ramadan ini, pihaknya menganjurkan program Jom Santai Iftar Bersama Keluarga @ DVA MPJ.

Menurut MPJ, program itu akan diadakan sepanjang Ramadan bermula jam 6 petang hingga 8 malam.

“Orang ramai yang berminat perlu membawa juadah berbuka dan tikar masing-masing. Ruang solat turut disediakan,” jelas kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, MPJ turut meminta orang ramai agar menjaga kebersihan di kawasan tersebut.

“Jagalah kebersihan dengan membuang sisa makanan ke dalam tong yang disediakan. Menjaga kebersihan tanggungjawab bersama,” tambah kenyataan berkenaan.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …