‘ADA RM4,500, BOLEH MASUK KERJA DI MALAYSIA’

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan mendedahkan bahawa tekong menawarkan harga bermula RM4,500 kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Malaysia bekerja.

Kos tersebut melibatkan tambang, penginapan, makanan dan upah sepanjang perjalanan dari negara asal hingga ke lokasi yang ditetapkan.

Bayaran ini berbeza mengikut negara asal, dengan PATI dari Bangladesh dikenakan kos lebih tinggi berbanding dari Myanmar, yang menggunakan laluan darat.

Tekong akan membawa PATI masuk ke Malaysia melalui pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand, terutama di Sungai Golok.

Kebanyakan PATI tertarik dengan tawaran kerja di sektor kilang dan pembinaan.

Tekong yang terlibat bukan hanya dari Kelantan tetapi juga dari Thailand dan negeri lain di Malaysia.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …