MODIFIKASI KHAS KERUSI RODA USM-MAIK, BANTU TINGKAT KUALITI KEHIDUPAN OKU

Pusat Transformasi OKU (PTO) Universiti Sains Malaysia – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (USM-MAIK) memperkenalkan perkhidmatan modifikasi khas kerusi roda pertama di pantai timur.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup golongan OKU dengan memudahkan pergerakan mereka dalam menjalani aktiviti harian.

Kerusi roda yang dimodifikasi ini direka dengan sokongan tambahan dan sistem mudah alih untuk memudahkan pergerakan di pelbagai permukaan.

Sejak dimulakan pada 2013, lebih 571 OKU di Kelantan, Terengganu dan Selangor telah menerima manfaat daripada program ini dengan nilai lebih RM1.6 juta.

Selain itu, TPO USM-MAIK juga menawarkan sokongan dalam aspek terapi dan peluang pekerjaan bagi OKU.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …