Pada 15 Februari 2025, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman di Kampung Kedap, Rantau Panjang, dengan menahan sebuah lori mencurigakan pada jam 11 pagi.
Pemeriksaan mendapati lebih 4700 pokok puding, 800 pokok Masjutik Batik, 1000 pokok Masjutik Hijau, 1000 pokok Thong Urai, 500 pokok Olandor dan 1200 pokok Sandpaper yang dipercayai diseludup dari Thailand.
Tanaman ini disyaki mengandungi serangga perosak dan penyakit.
Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan sebagai suspek, yang dipercayai akan menghantar tanaman tersebut ke Melaka.
Nilai rampasan dianggarkan RM 1.8 juta dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi