PELANCONG MALAYSIA DINASIHAT TIDAK KUNJUNG PERKAMPUNGAN NELAYAN THAILAND

Polis Narathiwat mengingatkan rakyat Malaysia yang melancong ke selatan Thailand agar menghindari perkampungan nelayan yang dikenal pasti sebagai lokasi penyeludupan dan pengedaran dadah.

Pengedar dadah sering menggunakan kampung-kampung ini untuk mengumpul dan menjual dadah kepada pengedar tempatan.

Pihak polis Narathiwat menjalankan operasi berkala untuk membanteras kegiatan tersebut.

Jenis dadah yang paling popular di kalangan pengedar Malaysia adalah pil yaba dan heroin.

Walaupun tiada pengedar Malaysia yang ditahan sejak dua tahun lalu, pihak berkuasa menahan banyak pengedar Thailand yang terlibat dalam penyeludupan ke Malaysia, terutamanya di kawasan berhampiran sempadan Sungai Golok.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …