DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah membuat penguatkuasaan Ops penyamaran menggunakan kenderaan tanpa logo β unmarkβ sempena perayaan TBC 2025. Penguatkuasaan ini bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap kesalahan lalu-lintas terutama kesalahan utama terhadap pengguna jalanraya yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang semasa pemanduan di jalanraya.
Antara kesalahan dikesan kenderaan perdagangan memandu dilorong kanan berterusan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, potong barisan/ potong Q dan tidak pakai topi keledar. Sebanyak 37 notis dikeluarkan sepanjang operasi ini diadakan sempena Ops Khas TBC 2025.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang