JEJAK PERIGI PORTUGIS MERLIMAU

Merlimau – Selain di Bandaraya Melaka, daerah Jasin juga mempunyai tapak peninggalan sejarah yang mungkin tidak ramai tahu.

Antaranya, Perigi Portugis yang terletak di Kampung Pengkalan Samak, Merlimau

Bersempena Tahun Melawat Melaka 2024-2026 dan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025), Melaka Hari Ini cuba menjejaki peninggalan sejarah ini bagi tatapan umum.

Mengikut catatan, perigi ini dipercayai dibina oleh tentera Portugis yang berkawal semasa menentang orang-orang Bugis suatu ketika dahulu.

Dibina menggunakan batu laterit.

Dahulunya perigi ini merupakan sumber air utama tentera Portugis yang bertugas di situ, selain ia juga dikatakan diguna untuk keperluan harian seperti minuman dan untuk memandikan kuda-kuda milik mereka.

Walaupun nampak seperti biasa, namun difahamkan perigi ini dibina menggunakan batu laterit yang dipercayai diambil dari pantai pulau-pulau di Melaka seperti Pulau Upeh dan Pulau Jawa.

Kini, Perigi Portugis telah didaftarkan sebagai warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan dikelolakan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Bagi menjadikan perigi ini sebagai antara kawasan tarikan pelancong, sejumlah RM200,000 telah diperuntukkan bagi menaik taraf dan menceriakan tapak tinggalan sejarah ini.

Kos penambahbaikan itu menggunakan peruntukan inisiatif Belanjawan 2023 Penyelenggaraan Bangunan Warisan, Jabatan Warisan Negara dan siap dinaik taraf pada November 2023.

Bagi mereka yang meminati sejarah, apa kata singgah di Perigi Portugis bagi melihat sendiri tinggalan atau kesan penjajahan yang ada di Melaka ini.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …