Pada 23 Januari 2024, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu di Kampung Bunohan, Tumpat, Kelantan.
Sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki mencurigakan telah ditahan dalam Op Taring WAWASAN Kelantan.
Pemeriksaan mendapati lori tersebut membawa 13 ekor lembu seberat lebih 8,450 kg yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.
Nilai keseluruhan rampasan, termasuk lori, dianggarkan RM276,750.00.
Suspek, seorang lelaki berumur 38 tahun, dipercayai penghantar untuk pasaran tempatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempertingkatkan usaha membanteras penyeludupan di sempadan negara.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi