SISIPAN SEJARAH: PERJANJIAN PERSAHABATAN DI ANTARA MALAYSIA DAN IRAN DITANDATANGANI

Pada 15 Januari dalam tahun 1968, satu perjanjian persahabatan di antara Malaysia dan Iran ditandatangani sempena lawatan Shah Iran dan Permaisuri Farah Diba selama lima hari ke Malaysia. Upacara menandatangani perjanjian ini berlangsung di Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur dengan disaksikan bersama oleh wakil kedua-dua buah negara. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Luar, YTM Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak kerajaan Malaysia dan Duta Iran ke Malaysia, Dr. Manoutchehr Marzban bagi pihak negaranya. Perjanjian persahabatan ini bertujuan untuk merapatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dan sebagai satu langkah awal untuk mengadakan perjanjian-perjanjian kerjasama yang lebih banyak di antara Malaysia dan Iran. Melalui ucapan YTM Tunku Abdul Rahman juga menyatakan mengenai perbincangan “Commonwealth Negara-negara Islam” sebagai langkah untuk mengatur rundingan antara negara-negara Islam mengenai perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada negara-negara ahli.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

‘SETIAP SEN DISALUR AMANAH DARIPADA RAKYAT’ – AMINUDDIN

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan supaya berintegriti dalam pengurusan dana kerajaan. Menteri Besar Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut

KPDN NEGERI SEMBILAN GEMPUR 25 PREMIS JUALAN LANGSUNG

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan terhadap 25 premis jualan langsung menerusi …
Maklumat Lanjut

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut