RM1 JUTA UNTUK PEMULIHARAAN HABITAT GAJAH

SIMBOLIK: Christina menyempurnakan gimik perasmian ketika di majlis berkenaan.

KINABATANGAN: Projek Koridor Makanan Gajah Hilir Kinabatangan akan diperkasakan dengan pembiayaan berjumlah RM1 juta.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, pembiayaan itu dilakukan oleh Saraya Corporation Japan membabitkan kawasan seluas 33.35 ekar bagi tempoh lima tahun.

Katanya, projek itu akan melibatkan penanaman pelbagai jenis rumput di sepanjang tebing Sungai Kinabatangan bagi mewujudkan sumber makanan alternatif kepada gajah-gajah di kawasan itu.

Katanya, Saraya Corporation merupakan sebuah organisasi yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam usaha memastikan pergerakan gajah berjauhan dengan penempatan manusia serta kawasan pertanian.

“Kerajaan negeri memberi tanggungjawab kepada Responsible Elephant Conservation Trust (RESPECT) untuk memainkan peranan utama mewujudkan koridor makanan gajah di Kinabatangan, bermula di Kampung Bilit.

“Kerjasama antara RESPECT serta Saraya Corporation akan memastikan usaha memupuk kelestarian alam sekitar selaras dengan matlamat Sabah iaitu mahu memastikan khazanah alam dipelihara untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau sekali lagi mengulangi bahawa kerajaan negeri komited untuk menyediakan sokongan yang diperlukan untuk memastikan kejayaan projek ini di masa depan.

“Seramai tujuh pekebun ditawarkan berkhidmat dengan RESPECT bagi menjayakan projek ini.

“Kita menegaskan bahawa pemuliharaan tidak akan berjaya tanpa penyertaan serta kerjasama daripada masyarakat tempatan.

“Kerjasama anda semua akan memberi inspirasi kepada kami untuk memastikan Koridor Kehidupan Kinabatangan terus menjadi tempat perlindungan hidupan liar,” katanya.

Menurutnya, kajian menunjukkan gajah akan memakan pelbagai jenis tumbuhan tetapi buah kelapa sawit serta rumput merupakan pilihan utama haiwan berkenaan.

“Apabila kita menaiki bot di sepanjang Sungai Kinabatangan, anda akan melihat hampir semua tumbuh-tumbuhan di Kinabatangan dikelilingi hutan semula jadi atau ladang kelapa sawit.

“Ladang untuk rumput sekarang sebenarnya sangat kecil. Di mana tebing sungai tidak mempunyai pokok, kami merancang untuk menanam dan mengekalkan rumput berkenaan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …