PEMERGIAN ALLAHYARHAM MOHAMAD HAMSAN KEHILANGAN KEPADA NEGERI

HAJIJI

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada Datin Hajah Kalsom Haji Abd Aziz dan keluarga atas pemergian Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Allahyarham Datuk Haji Mohamad Hamsan Haji Awang Supain, yang meninggal dunia pada malam Ahad.

Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan kepada negeri, terutama rakyat di kawasan yang diwakilinya iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga.

“Allahyarham merupakan seorang rakan lama yang bersama-sama berjuang dalam pentadbiran kerajaan.

“Beliau merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat, peramah dan disenangi ramai. Perjuangan dan sokongan beliau bersama kerajaan negeri amat dihargai.

“Saya mewakili kerajaan negeri menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Haji Mohamad Hamsan Haji Awang Supain.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama roh orang-orang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Hamsan, 65 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.20 malam Ahad di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada 2020, Mohamad Hamsan yangmewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi DUN Sungai Sibuga menewaskan empat calon lain dengan majoriti 1,538 undi.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …