JUMLAH MANGSA BANJIR DI SABAH KEKAL 1,054 ORANG PAGI INI

Gambar Facebook APM Pitas

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di SABAH kekal 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan seramai 993 mangsa daripada 338 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di Pitas, manakala 61 mangsa daripada 17 keluarga di Paitan kekal berlindung di tiga PPS.

“Tiada hujan turun pagi ini di daerah Pitas dan Paitan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pitas Asdi@Mohd Faizal Hussin memaklumkan keadaan cuaca semakin baik dan 15 jalan di daerah itu sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Hanya Jalan Kampung Kusilad yang masih terjejas akibat banjir di kawasan itu,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …