PENTADBIR SYARIKAT RUGI RM137,000 TERPEDAYA PELABURAN TAK WUJUD

KUANTAN: Seorang pentadbir syarikat kerugian RM137,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui penipuan dalam talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata lelaki berusia 32 tahun diperdaya suspek dalam tawaran pelaburan kripto melalui aplikasi RASTHRV pada 28 November tahun lalu.

Katanya, suspek kemudiannya memberikan satu pautan kepada mangsa untuk memuat turun aplikasi terbabit.

“Bermula pada 28 November sehingga 15 Januari lalu, mangsa diarah untuk memindahkan wang daripada akaun bank mangsa kepada aplikasi Luno dan seterusnya dipindahkan kepada RASTRHV yang berjumlah RM87,000.

“Pada 15 Januari lalu, mangsa diminta untuk membuat pembayaran deposit RM50,000 untuk mengeluarkan keuntungan kira-kira RM100,000.

“Mangsa berasa tertipu kerana masih belum menerima keuntungan yang dijanjikan. Sumber kewangan mangsa adalah daripada simpanan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Susulan kes itu, Yahaya menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan menjanjikan pelaburan pulangan lumayan dalam masa singkat.

“Sekiranya ingin membuat pelaburan, boleh membuat semakan atau mendapatkan maklumat daripada agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai langkah pencegahan menjadi mangsa pelaburan yang tidak wujud,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …