TAK ENDAH BENDERA MERAH, PENGUNJUNG LAKUKAN AKTIVITI AIR DI PANTAI

KUANTAN: Segelintir pengunjung Pantai Teluk Cempedak, di sini dilihat tidak mengendahkan amaran tiga bendera merah yang dikibarkan di pantai itu apabila masih berani melakukan aktiviti air.

Keadaan ombak besar dan angin kencang ketika Monsun Timur Laut (MTL) yang masih berterusan di pantai berkenaan seolah-olah tidak menakutkan pengunjung.

Lebih membimbangkan, mereka memberanikan diri melakukan aktiviti air ketika pihak berkuasa sentiasa menasihati pengunjung pantai supaya mengutamakan keselamatan.

Tinjauan di pantai Teluk Cempedak hari ini, mendapati keadaan ombak besar dan angin kencang tidak memberi kesan kepada segelintir pengunjung yang masih melakukan aktiviti air.

Pada masa sama, ada bapa yang membawa anak bermain air yang boleh mengundang kejadian tidak diingini jika tersilap langkah.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A Rahman, menasihati pengunjung pantai bukan sahaja di daerah ini, malah di Pekan dan Rompin supaya peka dengan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Katanya, sebaiknya pengunjung tidak berada di tepi pantai terutama melakukan aktiviti air untuk mengelak daripada berlaku kejadian tidak diingini.

“MTL masih belum lagi berakhir kerana dijangka berterusan sehingga Mac depan. Dalam keadaan ombak besar ini, keselamatan perlu diutamakan,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut